Tindakan undang-undang Linux

Artikel utama: SCO Vs IBM

Pada bulan Mac 2003, Kumpulan SCO (SCOG - SCO Group) telah mengeluarkan saman terhadap IBM yang mendakwa bahawa IBM telah memasukkan sebahagian daripada bahan intelektual kepunyaan SCOG ke dalam kernel Linux, di mana ia merupakan cabulan terhadap lesen IBM untuk menggunakan UNIX. Lesen tersebut dikatakan dipegang oleh Kumpulan SCO. Tambahan lagi, Kumpulan SCO juga telah mengirim surat kepada sebilangan syarikat dan memberi amaran tentang penggunaan Linux tanpa lesen daripada kumpulan SCO akan menerima tindakan daripada mereka. Kumpulan SCO juga mengeluarkan pernyataan pada media massa yang mereka akan menyaman pengguna Linux selanjutnya. Kontroversi ini telah mencetus beberapa kes saman oleh Kumpulan SCO terhadap Novell, DaimlerChrysler, dan AutoZone, selain saman balik oleh Red Hat dan pihak lain terhadap SCOG.